RTM Siar Kejohanan All England 2022 Secara Langsung Bermula Peringkat Pusingan 32
March 10, 2022 Hafizuddin Omar

Peminat badminton tempatan boleh menonton Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 secara langsung dan percuma bermula 16 hingga 20 Mac hadapan.

Ini kerana stesen penyiaran milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengumumkan akan menyiarkan saingan Jelajah Dunia Super 1000 BWF itu. Ianya boleh ditonton menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM serta secara penstriman langsung di platform RTM Klik.

Untuk makluman semua, kejohanan tahunan ini akan disertai oleh sebilangan pemain badminton Malaysia yang merangkumi beberapa kategori. Antaranya, perseorangan lelaki akan disertai oleh juara bertahan, Lee Zii Jia dan Liew Daren.

Manakala kategori beregu lelaki pula disertai oleh Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun. 

Tiada wakil Malaysia dalam kategori perseorangan wanita dan Pearly Tan-Thinaah Muralitharan pula menjadi wakil tunggal negara dalam kategori beregu wanita.

Akhir sekali, kategori beregu campuran akan ditandingi oleh Goh Soon Huat-Shevon Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei serta Ong Yew Sin-Goh Liu Ying.

Kemaskini: Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien layak menyertai kategori beregu wanita All England selepas menpadat “Promoted to Main Draw” bagi menggantikan pasangan yang menarik diri.

Komen