Sze Fei-Izzuddin Belum Pernah Menang Ke Atas Yew Sin-Ee Yi
March 11, 2022 Hafizuddin Omar

Dua beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berhasil mengalahkan lawan masing-masing di Pusingan 16 sekaligus melayakkan diri ke peringkat suku akhir Terbuka Jerman 2022.

Bagaimanapun, kedua-dua beregu negara yang menghuni ranking ke-11 dan ke-17 dunia masing-masing ini dijadualkan berentap sesama sendiri di peringkat suku akhir dan ini menjadikan hanya sepasang beregu negara sahaja akan ke separuh akhir.

Berdasarkan rekod, Sze Fei-Izzuddin pernah bertarung menentang Yew Sin-Ee Yi sebanyak dua kali sebelum ini. Kedua-dua pertarungan itu berlangsung di kejohanan Terbuka Perancis dan Indonesia Masters pada tahun lalu.

Kedua-dua pertemuan itu menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin merangkap beregu di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tumpas kepada Yew Sin-Ee Yi merangkap beregu bebas (independent).

Walaupun tumpas, Sze Fei-Izzuddin boleh dikatakan memberikan saingan yang sengit kepada Yew Sin-Ee Yi terutamanya ketika di Pusingan 32 Terbuka Perancis yang berkesudahan dengan keputusan 22-24, 22-20 dan 21-19.

Terdahulu, Sze Fe-Izzuddin mara ke Pusingan 16 selepas mengalahkan beregu Denmark, Joel Eipe dan Daniel Lundgaard secara ‘straight set’. Manakala Yew Sin-Ee Yi pula menyingkirkan beregu England, Ben Lane dan Sean Vendy.

Komen