Peluang untuk perseorangan bebas (independent) negara, Lee Zii Jia mara ke pentas akhir saingan Terbuka Jerman 2022 tertutup sama sekali ekoran tumpas di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.
Pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang menghuni ranking ke-20 dunia menjadi asbab Zii Jia gagal meneruskan kemaraannnya.
Bukan itu sahaja, Vitidsarn turut menyingkirkan Zii Jia yang menghuni ranking ketujuh dunia secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-13 dan 21-12 dalam tempoh masa 43 minit.
Untuk pengetahuan semua, kemenangan ini menjadikan Vitidsarn berjaya menjadikan rekod pertemuannya menentang Zii Jia seri 3-3.
Sebelum ini, Zii Jia memenangi 3 daripada 5 pertarungan yang melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa.
Sementara itu, Vitidsarn yang berjaya melangkah ke pentas akhir bakal menantikan cabaran daripada samada pemain Denmark, Viktor Axelsen atau pemain India, Lakshya Sen.
Featured Image: Victor