Terbuka Jerman: Sze Fei-Izzuddin Mara Ke Final & Bakal Menghadapi Beregu China 
March 13, 2022 Hafizuddin Omar

Pasangan beregu lelaki, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin muncul satu-satunya wakil negara yang berhasil mara ke pentas akhir saingan Terbuka Jerman 2022.

Ianya selepas beregu yang menghuni ranking ke-17 dunia ini berjaya menumpaskan lawannya, beregu China, He Je Ting dan Zhou Hao Dong secara ‘straight set’ pada perlawanan separuh akhir, sebentar tadi.

Untuk pengetahuan semua, Sze Fei-Izzuddin mengambil masa selama 39 minit untuk menyingkirkan beregu yang menghuni ranking ke-1274 dunia itu dengan keputusan 21-12 dan 21-18.

Sementara itu, menanti Sze Fei-Izzuddin di pentas akhir saingan Jelajah Dunia Super 300 BWF ini adalah beregu China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi.

Mereka mara ke pentas akhir dengan menyingkirkan beregu Denmark, Kim Astrup dan Anders Skraarup Rasmussen yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini di peringkat separuh akhir.

Berdasarkan rekod, belum ada sebarang pertemuan melibatkan Sze Fei-Izzuddin menentang Yu Chen-Xuan Yi di mana-mana pentas antarabangsa setakat ini. Dijangka pertemuan melibatkan kedua-dua beregu ini bakal menyajikan satu pertarungan yang menarik di pentas final nanti.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen