Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi tampil mengumumkan persaraannya secara rasmi daripada sukan terbabit menerusi satu makluman di pelbagai platform media sosialnya, Sabtu lalu.
Awal bulan ini, khabar mengenai persaraan atlet berusia 27 tahun berlegar-legar di pelbagai portal berita tempatan serta laman-laman sosial peminat sukan di tanah air.
Ianya berikutan Farah dimaklumkan sudah berhenti mengikuti latihan bersama skuad kebangsaan sekitar pertengahan Februari lalu menurut perkongsian oleh jurulatihnya.
Untuk pengetahuan semua, atlet kelahiran Selangor ini memaklumkan dirinya mula menyertai dunia gimnastik sejak berusia dua tahun. Bermula umur itu, Farah telah menyertai pelbagai kejohanan dan temasya termasuk Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Sejak berkecimpung dalam sukan ini, Farah berhasil meraih 12 pingat secara keseluruhan dalam temasya Sukan SEA samada untuk acara individu mahupun berpasukan. Tujuh daripadanya adalah pingat emas yang dirangkulnya ketika Singapura, Malaysia dan Filipina menjadi negara hos.
Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia