Artikel

KLFA Punyai Aset Sebidang Tanah – Mencari Rakan Kerjasama Untuk Dirikan Akademi & Stadium

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mempunyai aset berupa sebidang tanah di ibu negara dan presidennya, Khalid Abdul Samad memaklumkan pihaknya mahu membina akademi bola sepak di situ.

Menurut laporan akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, Khalid berkata lokasi tanah tersebut adalah di Taman Melati dan ianya dinilai pada harga RM50 juta.

Pemaju bukan sahaja akan membayar untuk tanah berkenaan tetapi perlu menambah 20% daripada keuntungan projek tersebut. Khalid merangkap Ahli Parlimen Shah Alam turut berkongsikan projek itu mempunyai potensi untuk menjana RM60 juta.

Ketika ini pihaknya sedang mencari rakan kerjasama bagi membantu mereka mendirikan sebuah akademi bola sepak itu termasuk perancangan untuk membina stadium di atas tanah berkenaan.

Namun begitu, sebelum KLFA dapat menjalankan perancangan tersebut, mereka mempunyai masalah untuk diselesaikan bersama rakan kerjasamanya yang terdahulu. Ketika ini, KLFA sedang dalam tuntutan litigasi bersama sebuah syarikat swasta.

Selain itu, Khalid turut berkongsikan KLFA sedang dalam perbincangan bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk melabur dalam tanah berkeluasan 20 ekar milik mereka.

Featured Image: Kuala Lumpur City

komen