Artikel

Ranking BWF: Vivian-Chiew Sien Memasuki Kelompok 50 Beregu Wanita Terbaik Dunia

Kemaraan beregu wanita bebas (independent) negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien ke peringkat suku akhir Terbuka Jerman 2022 membolehkan mereka memasuki kelompok 50 beregu wanita terbaik dunia, pada minggu ini.

Untuk makluman semua, di kejohanan Jelajah Dunia Super 300 BWF terbabit, mereka terkandas apabila ditumpaskan oleh beregu No.1 dunia dari China merangkap pemenang kategori beregu wanita, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan di peringkat tersebut.

Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada hari ini, Vivian dan Chiew Sien berhasil merekodkan peningkatan sebanyak 13 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-48 dunia.

Untuk makluman semua, ini merupakan ranking tertinggi dicapai oleh Vivian-Chiew Sien sejak digandingkan bermula Oktober tahun lalu dimana mereka bermula di tangga ke-730 dunia.

Vivian-Chiew Sien dijangka boleh meningkatkan lagi kedudukan mereka selepas daripada ini seandainya berjaya mara lebih jauh dalam kejohanan yang disertai. Nama mereka telah tersenarai untuk menyertai saingan Terbuka Swiss – Jelajah Dunia Super 300 BWF yang dijadualkan bermula 22-27 Mac kelak.

Sementara itu, kemaskini ranking pada minggu ke-11 ini memperlihatkan kedudukan beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan kekal tidak berganjak di kedudukan ke-15 dunia.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen