Artikel

Ketua Jurulatih Liberia, Peter Butler Panggil Kpah Untuk Hadapi 3 Perlawanan Persabahatan Di Turki

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Liberia, Peter Butler telah menyenaraikan 23 pemain untuk dipanggil bagi mewakili skuad kendaliannya bagi mengharungi tiga perlawanan persahabatan di Antalya, Turki.

Dalam kalangan 23 pemain tersebut, nama penyerang baharu Terengganu FC, Kpah Sherman turut sama terselit. Pengumuman senarai itu dikongsikan menerusi platform media sosial Persatuan Bola Sepak Liberia (LFA), malam tadi.

Selain Kpah yang merupakan satu-satunya pemainnya yang beraksi di benua asia, Butler turut memanggil sebilangan pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat, benua eropah serta pemain-pemain di Liberia.

Dimaklumkan, skuad bimbingan Butler ini dijadualkan menentang tiga buah pasukan yang juga dari benua afrika. Tiga pasukan tersebut ialah Benin, Sierra Leone dan Burundi pada 24, 27 dan 29 Mac masing-masing.

Untuk makluman semua, ketiga-tiga negara tersebut menghuni ranking ke-83, ke-107 dan ke-141 dunia. Sebagai perbandingan, Liberia pula berada di ranking ke-145 dunia.

Featured Image: Liberia Football Association / Terengganu FC

komen