All England 2022: Liew Daren Lepasi Halangan Pertama, Berkemungkinan Lawan Pemain No.4 Dunia Di Pusingan 16
March 16, 2022 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki senior negara, Liew Daren menjadi pemain Malaysia pertama yang mengesahkan tempat ke Pusingan 16 dalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022.

Pemain bebas (independent) yang berusia 34 tahun ini mara selepas menundukkan lawannya, pemain Perancis, Toma Junior Popov dengan mudah di Pusingan 32 yang baru sahaja tamat di Gelanggang 2, Utilita Arena Birmingham, sebentar tadi.

Daren yang menghuni ranking ke-37 menumpaskan pemain berusia 23 tahun itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-15 dan 21-19 dalam tempoh masa 39 minit permainan.

Untuk rekod, kedua-dua pemain pernah bertemu sekali sebelum ini. Pertarungan itu berlangsung ketika di Terbuka Swiss 2019 dan ianya turut berpihak kepada Daren secara ‘straight set’.

Sementara itu, Daren yang mara ke peringkat seterusnya bakal membuat perhitungan samada dengan pemain Taiwan, Chou Tien Chen (ranking ke-4 dunia) atau pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito (ranking ke-23 dunia) di Pusingan 16 kelak.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia 

Komen