All England 2022: Juara Bertahan, Zii Jia Lepasi Ujian Pertama Singkir Pemain Jepun
March 17, 2022 Hafizuddin Omar

Perjalanan jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk mempertahankan kemenangan yang dimenanginya dalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) edisi lalu bermula dengan langkah kanan.

Pemain yang menghuni ranking ketujuh dunia itu tiada masalah untuk mengatasi lawannya yang merupakan pemain Jepun, Kenta Nishimoto di Pusingan 32, yang berlangsung di Gelanggang 4, Utilita Arena, Birmingham, pagi tadi.

Walaupun permainan itu berlanjutan sehingga 43 minit, Zii Jia berhasil tetap berhasil menumpaskan pemain yang menduduki ranking ke-20 dunia itu secara ‘straight set‘ dengan keputusan 21-16 dan 21-17.

Untuk makluman semua, kemenangan ini menjadikan Zii Jia telah merekodkan empat kemenangan daripada lima pertemuan ke atas Kenta sejak pertemuan pertama mereka pada tahun 2018 yang lalu.

Dengan kemenangan ini, Zii Jia dapat meneruskan kemaraannya ke Pusingan 16. Menantinya di pusingan ini adalah pemain muda Kanada yang sedang meningkat naik, Brian Yang.

Featured Image: Badminton Asia

Komen