Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan bimbingan Nazri Nasir bagi mengharungi dua perlawanan antarabangsa pada minggu hadapan.
Dua perlawanan yang diatur pada jendela rehat antarabangsa FIFA itu adalah menentang Malaysia serta Filipina di negara mereka sendiri pada 26 dan 29 Mac kelak.
Salah seorang pemain yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia iaitu kapten Selangor FC, Safuwan Baharudin antara yang dipanggil untuk memperkuatkan skuad seberang tambak itu.
Selain itu, mereka turut menyenaraikan dua pemain yang beraksi dalam kancah Liga Thailand iaitu Irfan Fandi dan Ikhsan Fandi yang merupakan pertahanan dan penyerang masing-masing buat pasukan BG Pathum United.
Baki 23 pemain lagi merupakan individu yang beraksi di kancah domestik, Liga Premier Singapura (SPL) dimana 11 daripadanya merupakan pemain Lion City Sailors termasuk bekas kapten Johor Darul Taβzim (JDT), Hariss Harun.
Dimaklumkan, kem latihan pusat mereka akan bermula Isnin nanti (21 Mac). Sebagai tambahan, kesemua perlawanan ini akan dilangsungkan di National Stadium, Singapore Sports Hub dan sepak mula dijadualkan pada jam 8 malam.
Featured Image: Selangor FC