Artikel

All England 2022: Kian Meng-Pei Jing Kandas, Belum Dapat Jelmakan Kemenangan Ke Atas Si Wei-Ya Qiong

Perjalanan beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 tersekat di peringkat suku akhir.

Beregu yang menghuni tangga kesepuluh ranking dunia ini tumpas kepada lawannya dari China merangkap pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2020, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong di peringkat tersebut.

Kian Meng-Pei Jing tumpas secara ‘straight set’ di tangan Si Wei-Ya Qiong dengan skor 21-15 dan 21-15 dalam tempoh masa 37 minit permainan. Untuk rekod, ini merupakan kekalahan keenam berturut-turut Kian Meng-Pei Jing di tangan beregu China tersebut. 

Sementara itu, Si Wei-Ya Qiong yang mara ke separuh akhir akan berentap dengan beregu senegaranya merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping.

komen