Artikel

Penjaga Gol Berketinggian 1.92 Meter Disisihkan Daripada Skuad Harimau Malaya

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon mengumumkan terpaksa menyisihkan penjaga gol tinggi lampai daripada skuad Harimau Malaya.

Menurut makluman daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), penjaga gol yang dimaksudkan tersebut adalah pemain Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim. Difahamkan tindakan tersebut dilakukan kerana pemain berusia 20 tahun itu didapati dijangkiti Covid-19 setelah menjalani ujian PCR.

Walaupun terpaksa menyisihkannya, barisan kejurulatihan yang diketuai Pan-gon memutuskan untuk tidak memanggil penjaga gol tambahan bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Rahadiazli itu.

Sebaliknya, mereka bertindak mengekalkan penggunaan baki tiga penjaga gol sedia ada yang sedang menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya iaitu Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim), Khairulazhan Khalid (Selangor) dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Petaling Jaya City).

Untuk makluman semua, Harimau Malaya kendalian Pan-gon sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa menentang Filipina dan Singapura pada 23 dan 26 Mac hadapan masing-masing.

Selain itu, mereka akan turun menjalani satu perlawanan persahabatan (tertutup) menentang Albirex Niigata FC Singapore pada 28 Mac.

Kesemua perlawanan ini akan dilangsungkan di National Stadium, Singapura dan sepak mulanya dijadualkan jam 8 malam.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen