Beregu Muda Indonesia Fikri-Maulana Kalahkan The Daddies Untuk Muncul Juara All England 2022
March 20, 2022 Hafizuddin Omar

Pasangan beregu muda Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana yang berusia 22 dan 23 tahung masing-masing dinobatkan juara bagi kategori beregu lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022.

Kejuaraan ini muncul selepas mereka menumpaskan wakil senegara merangkap beregu No.2 dunia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan yang terkenal dengan julukan ‘The Daddies’ pada perlawanan akhir yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham sebentar tadi.

Fikri-Maulana yang menghuni ranking ke-28 dunia ini berhasil menumpaskan Hendra-Ahsan merangkap juara All England 2019 secara ‘straight set’ dengan skor 21-19 dan 21-13 dalam masa tidak sampai 40 minit.

Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan pertama melibatkan kedua-dua beregu pasangan dari negara jiran tetangga ini di pentas kejohanan antarabangsa.

Sebagai tambahan, perjalanan Fikri-Maulana merangkul kejuaraan pertama All England dan juga Jelajah Dunia Super 1000 BWF ini hadir selepas menumpaskan pelbagai beregu utama dunia.

Antaranya beregu No.2 dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo (separuh akhir), beregu No.4 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayshi (suku akhir) dan beregu No.11 dunia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (Pusingan 16).

Featured Image: Badminton Asia

Komen