Artikel

Video: Pemain Denmark Viktor Axelsen Muncul Juara All England Buat Kali Kedua

Perseorangan No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen berhasil merangkul juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) buat kali kedua dalam kariernya.

Kejuaraan itu hadir selepas pemain berusia 28 tahun ini berjaya menumpaskan perseorangan muda India, Lakshya Sen yang berusia 20 tahun di perlawanan akhir yang berlangsung awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Viktor merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 mencapai kemenangan secara ‘straight set’ dengan skor 21-10 dan 21-15 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam permainan.

Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan keenam melibatkan kedua-dua pemain di pentas kejohanan antarabangsa. Sebelum ini, Viktor berhasil merekodkan empat kemenangan sementara Lakshya hanya mencatatkan satu kemenangan, ketika beraksi di kejohanan Terbuka Jerman, dua minggu lalu.

Untuk rekod, kali pertama Viktor menjulang trofi kejuaraan All England adalah pada edisi 2020. Ketika itu, Viktor muncul juara dengan menumpaskan pemain Taiwan, Chou Tien Chen pada perlawanan akhir.

komen