Sukan Malaysia, SUKMA XX Akan Dianjurkan Pada September 2022
March 22, 2022 Aman

SUKMA atau Temasya Sukan Malaysia, sebelum ini telah pun tertangguh disebabkan oleh penularan wabak Covid-19. Kini, dengan pelbagai aktiviti kembali dilaksanakan seperti biasa kembali, Majlis Sukan Negara mengumumkan SUKMA Edisi Ke-20 akhirnya bakal dianjurkan pada penghujung September 2022 ini.

Temasya sukan ini akan dikenali dengan nama “SUKMA XX, MSN 2022”, dan berlangsung bermula 29 September hingga 8 Oktober 2022 kelak.

SUKMA XX bakal mempertandingkan 31 jenis sukan, iaitu 16 sukan wajib dan 15 sukan pilihan, serta dua sukan demonstrasi – silambam dan kabaddi.

Pada masa yang sama, Sukan Para SUKMA XX, MSN 2022 pula akan dilaksanakan daripada 29 Oktober hingga 6 November 2022 kelak.

Komen