Syarikat pengedar kenderaan, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd diperkenalkan sebagai salah satu penaja serta Rakan Automotif Rasmi buat Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), pada hari ini.
Hasil penajaan ini, MHC menerima tiga unit kenderaan jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) buatan syarikat berpangkalan di Perancis model Peugeot 5008.
Satu majlis penajaan telah diadakan di Bilik Pameran Jualan Peugeot di Glenmarie, Shah Alam yang disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Dato’ Seri Ben Yeoh, Pengarah Urusan Bermaz Auto Alliance, Dato’ Wong Kin Foo bersama Presiden MHC, Dato’ Sri Subahan Kamal.
Pada masa yang sama, Subahan mengharapkan lebih banyak syarikat-syarikat datang dan mengikuti jejak langkah Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd sebagai penaja dan menyumbang kepada ke arah meningkatkan lagi tahap sukan hoki di Malaysia.
Featured Image: Malaysian Hockey Confederation