Terbuka Swiss: Ng Tze Yong Mara Ke Pusingan 16 Bertemu Jonatan Christie
March 23, 2022 Hafizuddin Omar

Tiada masalah buat perseorangan muda negara, Ng Tze Yong untuk mengalahkan pemain Jerman, Fabian Roth yang menghuni ranking ke-206 dunia di Pusingan 32 saingan Terbuka Swiss 2022.

Tze Yong yang menghuni ranking ke-46 dunia berjaya mengalahkan pemain berusia 26 tahun itu secara ‘straight set’ dengan skor 21-16 dan 21-15 dalam tempoh masa 47 minit permainan.

Untuk makluman semua, ini merupakan pertarungan sulung melibatkan Tze Yong dan Fabian di pentas antarabangsa.

Sementara itu, kemenangan ini membolehkan Tze Yong menempah tiket kemaraan ke peringkat seterusnya iaitu Pusingan 16 di pentas berstatus Jelajah Dunia Super 300 BWF ini.

Menantinya di pusingan berikutnya adalah pemain Indonesia, Jonatan Christie merangkap pilihan keempat untuk menjuarai kejohanan ini. Jonatan atau dikenali sebagai Jojo mara selepas menumpaskan pemain Perancis, Thomas Rouxel di Pusingan 32 sebentar tadi.

Featured Image: Badminton Asia

Komen