Artikel

Piala FA: Sri Pahang ‘Berhempas-Pulas’ Lawan Kelab Divisyen 3 Di Laman Sendiri

Pasukan Liga Super, Sri Pahang FC hampir-hampir sahaja dikejutkan oleh kelab yang beraksi dalam saingan divisyen ketiga, Manjung City FC dalam Pusingan 1, Piala FA, semalam.

Walaupun membariskan empat pemain import serta beberapa pemain senior, Sri Pahang yang dikendalikan oleh ketua jurulatih dari Perancis, Chritophe Gamel gagal menjaringkan sebarang gol dalam tempoh 90 minit permainan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Ianya terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan namun Sri Pahang tetap tidak dapat menghadirkan sebarang jaringan gol di dalam tempoh tersebut dan memaksa penentuan sepakan penalti dijalankan untuk mencari pemenang untuk mara ke peringkat seterusnya.

Mujurlah Sri Pahang berhasil melepasi ‘ujian’ tersebut apabila penjaga gol import, Mamadou Samassa berjaya menepis percubaan kelima oleh pemain Manjung City sebelum Azwan Aripin menyempurnakan sepakan kelima sekaligus menghantar skuad Tok Gajah ke Pusingan 2 Piala FA.

Featured Image: Sri Pahang FC / Malaysian Football League

 

komen