Petronas Jadi ‘Title Sponsor’ Perlumbaan MotoGP Malaysia Bermula 2022
March 24, 2022 Hafizuddin Omar

Syarikat tenaga negara, Petronas diangkat menjadi penaja utama (title sponsor) bagi perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang bermula tahun 2022.

Ianya hasil daripada kerjasama baharu antara Petronas bersama syarikat pemegang hak komersil perlumbaan MotoGP, Dorna Sports. Perkembangan ini menyaksikan perlumbaan tersebut bakal digelar ‘Petronas Grand Prix of Malaysia’ secara rasmi.

Turut dimaklumkan, pihak Dorna Sports mengesahkan Litar Antarabangsa Sepang akan kekal menjadi salah satu venue perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP sehingga tahun 2024 dengan perbincangan untuk melanjutkannya sehingga tahun 2026.

Sebelum ini, Petronas dan Dorna Sports telah mengadakan kerjasama dimana Petronas diangkat menjadi Pembekal Minyak Rasmi Moto2 & Moto3 dari tahun 2020 hingga 2022.

Untuk makluman semua, syarikat tenaga, Shell Malaysia merupakan ‘title sponsor’ untuk Grand Prix of Malaysia sebelum ini sejak tahun 2009 sehingga tahun 2020.

Featured Image: Petronas Motorsports

Komen