Itali Tidak Layak Ke Piala Dunia Buat Dua Kali Berturut-Turut
March 25, 2022 Hafizuddin Omar

Juara Euro 2020, Itali bimbingan Roberto Mancini disahkan tidak layak menyertai pusingan akhir Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.

Ini selepas skuad yang terkenal dengan julukan The Azzurri yang telah menjuarai Piala Dunia sebanyak empat kali itu tumpas mengejut 0-1 kepada Macedonia Utara pada perlawanan separuh akhir play-off kelayakan Piala Dunia 2022, pada pagi tadi.

Lebih memedihkan perasaan pemain dan penyokong Itali, mereka tumpas hasil jaringan luar kotak oleh Aleksandar Trajkovski pada masa kecederaan iaitu pada minit ke-92 yang berlangsung di Stadium Renzo Barbera yang terletak di Palermo, Itali.

Sementara itu, Macedonia Utara yang memenangi perlawanan ini mara ke perlawanan akhir play-off bertemu Portugal. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung 29 Mac nanti.

Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua berturut-turut Itali tidak layak beraksi di pusingan akhir Piala Dunia. Edisi yang berlangsung di Rusia empat tahun yang lalu, Itali juga tidak layak menyertainya setelah tumpas pada pusingan play-off kepada Sweden.

Featured Image: Nazionale Italiana di Calcio

Komen