Artikel

Jersi Ketiga Kedah 2022 Serba Hitam Dilancarkan – Harga Bermula RM99 Sehelai

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC (Kedah) melancarkan jersi ketiganya dalam satu majlis yang diadakan di Football Republic Alor Setar, pada hari ini.

Jersi keluaran jenama pakaian sukan dari Itali, Lotto itu hadir dengan rekaan warna serba hitam sambil diserikan dengan sedikit kemasan berwarna hijau dan merah di bahagian kolar dan hujung lengan baju.

Dibahagian hadapan, logo penaja utama Sang Kenari iaitu DXN Industries menghiasi jersi tersebut sambil logo Lotto dan Kedah diletakkan di bahagian kanan dan kiri dada masing-masing.

Manakala di bahagian lengan kanan dan kiri jersi tersebut dilekatkan dengan logo penaja Energy Eco Berhad dan Data Sukan masing-masing.

Sementara itu, terdapat empat logo penaja menghiasi ruangan belakang jersi iaitu BerryPay, Halo Telco, Al-Ikhsan Sports dan Cosmic Travel and Tour.

Sumber kelab memaklumkan, jersi ini hadir dalam dua versi iaitu authentic dan replika dimana ianya akan dijual dengan harga RM139 dan RM99 masing-masing.

Featured Image: Kedah Darul Aman FC

komen