Terbuka Swiss: Aaron-Wooi Yik Menang ‘Straight Set’ Untuk Ke Separuh Akhir
March 25, 2022 Hafizuddin Omar

Slot separuh akhir saingan Terbuka Swiss 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF – berhasil menjadi milik beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Ianya selepas Aaron-Wooi Yik berjaya menyingkirkan beregu Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel di Pusingan 16 yang berlangsung sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking kelapan dunia menyingkirkan beregu yang menduduki ranking ke-16 dunia tersebut secara ‘straight set’ dengan skor 21-11 dan 21-13 dalam tempoh masa 33 minit.

Untuk makluman semua, ini merupakan kali keempat daripada lima pertemuan Aaron dan Wooi Yik berjaya mengalahkan beregu Jerman ini di pentas antarabangsa.

Hanya sekali sahaja Mark dan Marvin merekodkan kemenangan ke atas Aaron-Wooi Yik iaitu semasa beraksi saingan Terbuka Swiss tahun lalu.

Sementara itu, Aaron-Woo Yik yang berjaya mara ke pentas separuh akhir bakal menantikan cabaran samada daripada beregu senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi atau beregu jiran tetangga, Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Featured Image: Badminton Asia

Komen