Harimau Malaya Hampiri 8 Tahun Kemarau Kemenangan Ke Atas Singapura
Hafiz Omar
Kemarau kemenangan skuad senior kebangsaan, Harimau Malaya ke atas Singapura terus berpanjangan menghampiri lapan tahun.
Selepas meraih kemenangan menentang Filipina pada Rabu lalu, skuad kendalian Kim Pan-gon gagal mengulangi keputusan tersebut ketika menentang skuad kebangsaan jiran tetangga pada malam ini.
Mereka tumpas 1-2 kepada Singapura hasil jaringan berganda oleh Ikhsan Fandi pada separuh masa pertama dan kedua, minit ke-30 dan ke-76 masing-masing.
Keputusan Masa Penuh
FAS Tri-Nations Series 2022 | Sabtu, 26 Mac 2022
SINGAPORE 🇸🇬 2-1 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Ikhsan Fandi 30' 76'
⚽️ Liridon Krasniqi 57'#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/L3Eyaabq0L— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 26, 2022
Manakala jaringan tunggal oleh Malaysia pula disumbangkan oleh pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi pada minit ke-57.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih kemenangan ke atas Singapura adalah pada November 2014 ketika beraksi dalam saingan Piala AFF. Ketika itu, Malaysia mencatatkan kemenangan 3-1.
Dua pertemuan berikutnya, Malaysia sekadar merekodkan keputusan seri tanpa jaringan (persahabatan, Oktober 2016) dan tumpas 0-1 (Piala Airmarine, Mac 2019).
Featured Image: Football Association of Malaysia