Artikel

Terbuka Swiss: Beregu No.9 Dunia Halang Vivian-Chiew Sien Ke Pentas Final

Hasrat beregu wanita bebas (independent), Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien untuk mara ke pentas akhir Terbuka Swiss 2022 dipatahkan oleh pasangan No.9 dunia dari Bulgaria.

Vivian yang mula bergandingan bersama Chiew Sien sejak Oktober tahun lalu ditumpaskan oleh Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva di peringkat separuh akhir, sebentar tadi. 

Pasangan negara yang menghuni ranking ke-44 dunia itu tumpas kepada beregu yang juga merupakan pasangan adik beradik itu secara ‘straight set’ dengan skor 21-10 dan 21-16 dalam tempoh permainan yang memakan masa hampir 40 minit.

Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan beregu dari Malaysia dan Bulgaria ini di pentas antarabangsa.

Pada masa yang sama, Gabriela-Stefani yang berhasil meloloskan diri ke perlawanan akhir kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 300 BWF ini bakal berhadapan dengan beregu Jerman, Linda Efler dan Isabel Lohau yang menghuni ranking ke-30 dunia.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen