Terbuka Swiss: Beregu Indonesia Sekat Sze Fei-Izzuddin Rangkul Kejuaraan Kedua Tahun Ini
March 27, 2022 Hafizuddin Omar

Pasangan beregu lelaki dari negara jiran tetangga, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto menjadi batu penghalang buat Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin untuk merangkul kejuaraan kedua pada tahun ini.

Hal ini selepas Fajar-Ardianto berjaya menumpaskan beregu negara yang menghuni rangking ke-18 dunia pada perlawanan akhir saingan Terbuka Swiss 2022, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, beregu dari Indonesia itu dapat menumpaskan Sze Fei-Izzuddin secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-19 dan dalam tempoh masa 40 minit permainan.

Untuk makluman semua, ini merupakan kali keempat daripada lima pertarungan Fajar-Ardianto berjaya menumpaskan Sze Fei-Izzuddin di pentas antarabangsa.

Sebagai tambahan, ini merupakan kali kedua Fajar-Ardianto berjaya merangkul kejuaran Terbuka Swiss.

Mereka julung kalinya memenangi saingan ini pada tahun 2019 yang lalu dengan menumpaskan beregu Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin pada perlawanan akhir.

Featured Image: Swiss Open

Komen