Ranking BWF: Kisona Meningkat 8 Anak Tangga Selepas Harungi Terbuka Swiss
March 29, 2022 Hafizuddin Omar

Perseorangan wanita negara, Kisona Selvaduray mencatatkan peningkatan sebanyak lapan anak tangga selepas mengharungi saingan Terbuka Swiss, minggu lalu.

Berdasarkan kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, kini, pemain berusia 23 tahun itu menduduki ranking ke-56 dunia.

Peningkatan itu hasil daripada kemaraannya ke peringkat suku akhir dalam saingan Terbuka Swiss sebelum ditumpaskan oleh pemain Thailand, Supanida Katethong.

Kisona mempunyai peluang untuk meningkatkan lagi rankingnya dengan mara ke peringkat yang lebih jauh dalam saingan Orleans Masters – Jelajah Super 100 BWF – yang disertainya pada minggu ini.

Sementara itu, penurunan ranking dikesan melibatkan dua perseorangan wanita negara iaitu Goh Jin Wei dan Eoon Qi Xuan dimana mereka menduduki ranking ke-127 dan ke-128 masing-masing.

Featured Image: Badminton Asia

Komen