Pasangan beregu muda lelaki negara, Wan Arif Junaidi dan Haikal Nazri yang berusia 19 tahun masing-masing mencipta kejutan dengan menyingkirkan beregu tuan yang berada di ranking ke-30 dunia pada Pusingan 32, Orleans Masters, awal pagi tadi.
Arif-Haikal yang berada di ranking ke-103 pada ketika ini mencipta kejutan ke atas beregu Christo Popov dan Toma Junior Popov yang sememangnya dikenali sering beraksi di pelbagai kejohanan besar sebelum ini.
Orleans Masters 2022
MD – Round of 32
🇲🇾Junaidi Arif🏅
19 24 21 🇲🇾Muhammad Haikal🏅
21 22 19 🇫🇷Christo Popov
🇫🇷Toma Junior Popov🕗 in 72 minutes
https://t.co/1SPQgYndZ7— BWFScore (@BWFScore) March 30, 2022
Perlawanan antara Arif-Haikal atau lebih dikenali sebagai ‘Patatimo Boys’ menentang adik beradik Popov yang diletakkan sebagai pilihan kedua ini berlangsung amat sengit dan melibatkan tiga set permainan.
Adik beradik Popov terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-19. Namun, Arif-Haikal berhasil bangkit untuk memenangi set kedua dengan skor 24-22 sekaligus mengheret adik beradik Popov itu ke set penentuan.
Di awal set penentuan, Arif-Haikal yang merupakan kelahiran Terengganu dan Kelantan masing-masing ini ketinggalan seketika namun di pertengahannya, mereka sekali lagi bangkit dan memenanginya dengan skor 21-19.
Untuk makluman semua, pertarungan ini berlangsung dalam tempoh melebihi satu jam permainan.
Sementara itu, Patatimo Boys yang berhasil mara ke Pusingan 16 akan berhadapan dengan cabaran beregu dari Indonesia, Panjer Dadiara dan Bryan Elohim yang menduduki ranking ke-223 dunia.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia