Liverpool & Man Utd Berentap Di Stadium Rajamangala Julai Nanti – Harga Tiket Bermula Sekitar RM632
March 31, 2022 Hafizuddin Omar

Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Manchester United (Man Utd) akan berentap sesama sendiri di negara jiran tetangga, Thailand pada Julai nanti.

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok untuk merebut Bangkok Century Cup pada Selasa, 12 Julai kelak. Ianya salah satu perlawanan daripada perlawanan pramusim yang diatur sebelum mengharungi musim 2022/23 kelak.

Peminat pasukan The Reds dan The Red Devils yang berhasrat untuk menonton perlawanan ini secara langsung di sana, boleh mendapatkan tiket secara atas talian menerusi laman sesawang thaiticketmajor.com dengan prajualan dan jualan bermula 1 dan 2 April masing-masing.

Berdasarkan tinjauan, terdapat tujuh kategori tiket yang ditawarkan untuk kedua-dua peminat pasukan berkenaan iaitu Platinum, Gold, Silver, Kategori 2, Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5.

Harga tiket yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Platinum: ±RM3162

Gold: ±RM2782

Silver: ±RM2529

Kategori 2: ±RM1897

Kategori 3: ±RM1518

Kategori 4: ±RM885

Kategori 5: ±RM632

Dan pelan tempat duduk bagi tiket-tiket berkenaan adalah seperti gambar rajah di bawah:

Untuk makluman semua, kali terakhir Liverpool ke Thailand ketika pramusim 2015/16 yang lalu menentang pasukan True Thai All Stars. Manakala, Man Utd pula bertandang buat kali terakhir ke bumi Thailand adalah pada tahun 2013 menentang Singha All-Star XI.

Komen