Artikel

Orleans Masters: Beregu Baharu Roy King-Mei Xing Berhasil Lolos Ke Suku Akhir

Gandingan beregu campuran baharu, Yap Roy King dan Teoh Mei Xing meneruskan rentak kecemerlangan apabila berhasil meloloskan diri ke peringkat suku akhir dalam saingan Orleans Masters 2022.

Mereka digandingkan bermula minggu ini berjaya mara dengan menyingkirkan beregu dari negara jiran tetangga, Singapura, Andy Kwek dan Jin Yujia yang berada di ranking ke-463 dunia pada Pusingan 16.

Kemenangan itu dicapai dengan mengharungi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 15-21 dan 21-18 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan di Gelanggang 4, sebentar tadi.

Dengan kemenangan ini, Roy King-Mei Xing bakal bakal menghadapi saingan daripada beregu campuran India, Ishaan Bhatnagar dan Tanisha Crasto yang menghuni ranking ke-60 dunia pada peringkat suku akhir kelak.

Untuk makluman, beregu India yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh untuk menjuarai kejohanan ini mara ke peringkat suku akhir dengan menumpaskan beregu campuran Belanda, Ties van der Lecq dan Debora Jille secara ‘straight set’ 21-18 dan 22-20.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen