Terbuka Korea: Goh Jin Wei Raih Kemenangan Pertama Selepas ‘Rehat’ Hampir 10 Bulan
April 5, 2022 Hafizuddin Omar

Perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei berhasil meraih kemenangan yang pertama selepas ‘berehat’ hampir sepuluh bulan daripada sebarang kejohanan badminton antarabangsa ekoran masalah kesihatannya.

Pemain berusia 22 tahun itu merekodkan kemenangan tersebut pada perlawanan pertama di Pusingan 32 dalam saingan Terbuka Korea 2022, sebuah kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF.

Jin Wei yang berada di ranking ke-127 meraih kemenangan dengan menumpaskan pemain Jepun, Asuka Takahashi yang seumur dengannya namu berada di ranking jauh lebih tinggi daripadanya, tangga ke-52 dunia.

Kemenangan tersebut dicapai oleh Jin Wei menerusi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 21-19, 16-21 dan 21-17 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam permainan.

Kemenangan ini membolehkan Jin Wei mara ke peringkat seterusnya. Dia akan menantikan cabaran daripada samada pemain Korea, Lee Se Youn (ranking ke-187) atau pemain Israel, Ksenia Polikarpova (ranking ke-87) di Pusingan 16 kelak.

Untuk makluman semua, kali terakhir Jin Wei beraksi di pentas kejohanan antarabangsa adalah di perlawanan akhir Kejohanan Antarabangsa Iberdola Sepanyol pada Jun 2021 menentang perseorangan negara, Kisona Selvaduray.

[box]

Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.

Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:

1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.

2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.

3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.

[/box]

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen