Artikel

Terbuka Korea: Gandingan Kian Meng-Wee Kiong Tamatkan 5 Bulan Kemarau Kemenangan

Beregu lelaki bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong berhasil menamatkan lima bulan kemarau kemenangan dengan menumpaskan beregu tuan rumah di saingan pembukaan Terbuka Korea, sebentar tadi.

Beregu yang menghuni ranking ke-90 dunia ini mencatatkan kemenangan tersebut dengan mengatasi gandingan Kim Hwi-tae dan Yoon Dae-il secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-13 dalam tempoh masa 39 minit.

Kemenangan yang diraih di Pusingan 32 ini membolehkan Kian Meng-Wee Kiong dapat meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya, Pusingan 16.

Menanti mereka di pusingan tersebut adalah beregu Indonesia yang merangkul kejuaraan Terbuka Swiss 2022, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.

Untuk makluman semua, kemenangan terakhir yang diraih mereka sebelum menghadapi kemarau kemenangan adalah di Pusingan 32 Terbuka HYLO pada 3 November tahun lalu.

Kemenangan itu diraih dengan menumpaskan beregu Jepun, Takuto Inoue dan Kenya Mitsuhashi pada Pusingan 32 di kejohanan terbabit. Sebagai tambahan, Kian Meng dan Wee Kiong mula bergandingan bersama sejak Oktober 2021.

Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.

Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:

1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.

2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.

3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.

komen