Terbuka Korea: Wakil Tunggal BAM Tze Yong Tiada Masalah Mara Ke Pusingan 16
April 5, 2022 Hafizuddin Omar

Satu-satunya wakil negara yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam saingan Terbuka Korea 2022, Ng Tze Yong berhasil meneruskan kemaraan ke pusingan berikutnya.

Pemain berusia 21 tahun itu mara selepas mencatatkan kemenangan ke atas pemain Finland, Kalle Koljonen yang berada di ranking ke-62 dunia pada Pusingan 32, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Tze Yong berhasil merekodkan secara ‘straight set’ dengan skor 21-13 dan 21-15 dalam tempoh masa 36 minit permainan sahaja.

Untuk makluman semua, Tze Yong sudah pernah menentang Kalle sebanyak satu kali sebelum ini. Pertembungan itu berlangsung semasa di South Australia International 2019 dan ianya turut memihak kepada perseorangan muda negara ini.

Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Tze Yong bakal turun menentang perseorangan tuan rumah, Kim Donghun yang kini menghuni ranking ke-125 dunia.

Sebagai tambahan, Tze Yong turut mempunyai pengalaman menentang pemain Korea ini sebanyak satu kali dan perlawanan itu juga dimenangi oleh Tze Yong secara ‘straight set’ di pentas Sydney International 2019.

[box]

Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.

Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:

1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.

2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.

3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.

[/box]

Featured Image: Badminton Asia

Komen