Kemenangan yang diraih oleh skuad futsal kebangsaan ke atas Brunei pada perlawanan ketiga peringkat Kumpulan A memberikan harapan buat Malaysia untuk mara ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Futsal AFF 2022.
Untuk makluman, kemenangan itu meletakkan Malaysia di tangga ketiga dengan 6 mata. Sementara itu, Thailand dan Indonesia mengisi kedudukan pertama dan kedua dengan mempunyai tujuh mata masing-masing.
Perebutan slot ke peringkat separuh akhir menerusi perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan berlangsung pada petang ini. Malaysia dijadualkan menghadapi Thailand. Sementara itu, Indonesia pula akan bertarung menentang Kemboja.
Keputusan Masa Penuh
Kejuaraan Futsal AFF 2022 | Selasa, 5 April 2022
MALAYSIA 🇲🇾 10-0 🇧🇳 BRUNEI
📸 Kredit Foto: AFF/FAT#FAM #HarimauMalaya #AFFFutsal pic.twitter.com/MKydJIFb0L
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 5, 2022
Bercakap mengenai peluang Malaysia untuk mara ke peringkat separuh akhir, ianya hanya boleh dijelmakan dengan pasukan negara bimbingan Chiew Chun Yong mencetak kemenangan ke atas skuad tuan rumah pada hari ini.
Dengan kemenangan ini, ianya membolehkan Malaysia mengumpul 9 mata dan berpeluang untuk muncul juara atau naib juara Kumpulan A bergantung kepada keputusan antara Indonesia menentang Kemboja.
Sebaliknya, jika keputusan seri dicatatkan, Malaysia akan kekal berada di tangga ketiga sekaligus menghanguskan peluang untuk ke peringkat separuh akhir sama sekali. Dan slot juara dan naib juara Kumpulan A ini akan diisi oleh Thailand dan Indonesia.
Untuk makluman semua, sepak mula perlawanan akhir peringkat kumpulan ini dijadualkan berlangsung pada jam 6 petang nanti, waktu Malaysia dan disiarkan secara langsung di saluran Astro.
Featured Image: Football Association of Malaysia