Artikel

Terbuka Korea: Kidambi Berjaya Rekodkan Kemenangan Pertama Ke Atas Liew Daren

Pemain India, Srikanth Kidambi belum pernah menumpaskan perseorangan senior negara, Liew Daren dalam mana-mana kejohanan antarabangsa sebelum daripada ini.

Bagaimanapun, rekod itu berjaya diubah oleh pemain yang menghuni ranking ke-12 dunia tersebut apabila berhasil menumpaskan Daren buat pertama kali di Pusingan 32 dalam saingan Terbuka Korea, sebentar tadi.

Lebih manis, kemenangan tersebut dicetak oleh Kidambi ke atas pemain yang menduduki ranking ke-35 dunia itu secara ‘straight set’ dengan skor 20-22 dan 11-21 dalam tempoh masa 40 minit permainan.

Untuk makluman semua, Daren dan Kidambi pernah berentap sebanyak tiga kali sebelum ini di Kejohanan Dunia BWF 2018, Malaysia Grand Prix Gold 2013 dan Malaysia Open GP Gold 2012 dimana ketiga-tiganya memihak kepada Daren.

Sementara itu, kemenangan Kidambi ini membolehkannya mara ke Pusingan 16. Menantinya di peringkat tersebut adalah pemain Israel, Misha Zilberman.

Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.

Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:

1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.

2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.

3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen