Artikel

Terbuka Korea: Joo Ven Belum Dapat Atasi Perseorangan No.2 Indonesia

Perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Soong Joo Ven belum mampu mengatasi pemain badminton No.2 Indonesia, Jonatan Christie.

Terbaru, Joo Ven yang berusia 26 tahun tumpas buat kali kedua di tangan Jonatan pada Pusingan 32 dalam saingan Terbuka Korea yang berlangsung sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Joo Ven tumpas secara ‘straight set’ kepada Jonatan dengan skor 13-21 dan 18-21 dalam tempoh masa permainan yang menghampiri 40 minit.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali kedua Joo Ven turun menentang Jonatan di pentas antarabangsa. Kedua-duanya bertemu buat pertama kali di saingan Terbuka Thailand 2017 dimana Jonatan turut mencetak kemenangan ‘straight set’ 21-9 dan 21-18.

Sementara itu, Jonatan yang merupakan pilihan ketiga kejohanan mara ke Pusingan 16 akan menghadapi cabaran daripada pemain Jepun, Kodai Naraoka.

Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.

Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:

1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.

2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.

3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen