Terbuka Korea: V Shem-Juan Shen Mara Selepas Tundukkan Juara Odisha 2022
April 6, 2022 Hafizuddin Omar

Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Goh V Shem dan Low Juan Shen berhasil meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 Terbuka Korea selepas menundukkan sepasang lagi beregu negara merangkap juara Terbuka Odisha.

V Shem-Juan Shen mencipta kemenangan tersebut ke atas Lim Khim Wah dan Nur Mohd Azriyn secara ‘straight set’ dengan skor 21-17 dan 21-19 dalam tempoh masa 39 minit permainan.

Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa. 

Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, V Shem-Juan Shen bakal menghadapi salah satu pasangan beregu tuan rumah iaitu samada Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae (ranking ke-225) atau Jang Sung-ho dan Dong Ju Ki.

[box]

Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.

Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:

1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.

2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.

3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.

[/box]

Featured Image: Instagram Goh V Shem

Komen