Majlis undian untuk kejohanan bola sepak lelaki di temasya Sukan SEA 2021 Vietnam telah berlangsung pada hari ini, dan skuad bawah 23 (B-23) negara telah diundi di dalam Kumpulan B.
Salah satu paskan yang diundi bersama-sama skuad B-23 negara atau Harimau Muda di dalam kumpulan tersebut adalah pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur iaitu Thailand.
Baki tiga pasukan lain yang melengkapkan Kumpulan B ini ialah Kemboja, Singapura dan Laos.
Keputusan Undian Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Vietnam 2021
Skuad B-23 kebangsaan kendalian Brad Maloney diundi bersama Thailand, Kemboja, Singapura & Laos dalam Kumpulan B.
Kumpulan A dibarisi Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina & Timor-Leste.#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/obctsap9n2
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 6, 2022
Sementara itu, Kumpulan A menyaksikan ianya dihuni oleh dua finalis temasya Sukan SEA edisi terdahulu iaitu Vietnam dan Indonesia. Selain itu, ia dilengkapkan dengan kehadiran Myanmar, Filipina dan Timor Leste.
Untuk makluman semua, skuad B-23 negara yang dibimbing oleh Brad Maloney akan mengharungi temasya Sukan SEA bermula 6 hingga 23 Mei kelak.
Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia merangkul pingat emas di temasya dwitahunan ini adalah sekitar 11 tahun yang lalu di Sukan SEA 2011 Indonesia.
Ketika itu, Malaysia muncul juara selepas berjaya mengalahkan skuad tuan rumah 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 selepas 120 minit permainan.
Featured Image: Football Association of Malaysia