Artikel

Kejuaraan AFF Futsal: Thailand Sekat Skuad Negara Main Piala Asia

Pasukan tuan rumah, Thailand menjadi batu penghalang buat skuad futsal kebangsaan untuk beraksi di Piala Asia Futsal 2022.

Ianya berikutan Thailand berjaya merekodkan kemenangan 4-2 ke atas Malaysia dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A Kejuaraan Futsal AFF 2022, petang tadi.

Skuad Gajah Perang mencipta kemenangan tersebut hasil jaringan daripada Tanapol Maneepetch (7′), Sarawut Phalaphruk (29′, 34′) dan Kritsada Wongkaeo (39′).

Manakala, jaringan skuad negara bimbingan Chiew Chun Yong pula hadir menerusi sumbangan berganda oleh Farhan Khairul Anuar (12′,27′).

Kemenangan Thailand itu menyebabkan Malaysia menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga – dibawah Thailand dan Indonesia – sekaligus gagal layak ke peringkat separuh akhir.

Untuk makluman semua, hanya juara dan naib juara kumpulan sahaja layak ke peringkat tersebut. Sementara itu, juara, naib juara dan pasukan di tangga ketiga kejohanan ini sahaja akan meraih slot ke Piala Asia Futsal 2022.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen