Selepas mendapat ‘bye’ di Pusingan 32, beregu campuran bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying meraih pula kemenangan percuma di Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Korea 2022, hari ini.
Mereka sepatutnya menentang beregu tuan rumah merangkap pilihan pertama kejohanan, Seo Seung-jae dan Chae Yujung. Bagaimanapun, beregu ini tidak beraksi dan Yew Sin-Liu Ying diberikan ‘walkover’ atau kemenangan tanpa bertanding.
Untuk makluman semua, ini merupakan kemaraan pertama Yew Sin-Liu Ying ke pentas suku akhir sejak bergandingan bermula sekitar awal tahun ini.
Sementara itu, di peringkat suku akhir nanti, Yew Sin-Liu Ying bakal menantikan cabaran samada daripada beregu Singapura, Terry Hee Yong Kai dan Tan Wei Han (pilihan kelapan kejohanan) atau beregu Korea, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun (ranking ke-247).
[box]
Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.
Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:
1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.
2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.
3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.
[/box]
Featured Image: Facebook Goh Liu Ying