Perseorangan muda negara, Ng Tze Yong menjadi pemain Malaysia yang seterusnya berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir saingan Terbuka Korea 2022.
Pemain berusia 21 tahun ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas menundukkan pemain tuan rumah, Kim Donghun yang menghuni ranking ke-125 dunia pada perlawanan peringkat Pusingan 16, sebentar tadi.
Korea Open Badminton Championships 2022
MS – Round of 16
21 21 🇲🇾Tze Yong NG🏅
14 19 🇰🇷Donghun KIM🕗 in 45 minutes
https://t.co/MJLBSu7ZQK— BWFScore (@BWFScore) April 7, 2022
Tze Yong yang berada di ranking ke-45 dunia menewaskan lawannya secara ‘straight set’ dengan skor 21-14 dan 21-19 dalam tempoh masa 45 minit permainan.
Kemenangan ini menjadikan Tze Yong merekodkan dua kemenangan berturut-turut ke atas Donghun. Sebelum ini, pertemuan sulung antara kedua-dua pemain di pentas Sydney International 2019 turut memihak kepada Tze Yong.
Sementara itu, Tze Yong bakal bertemu samada pemain China, Weng Hongyang (ranking ke-156) atau perseorangan senegara, Cheam June Wei (ranking ke-72) di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok.
[box]
Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.
Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:
1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.
2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.
3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.
[/box]
Featured Image: Badminton Association of Malaysia