Beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berhasil mencipta kemenangan sulung ke atas Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin dari Indonesia di pentas antarabangsa.
Kemenangan itu diraih oleh Yew Sin-Ee Yi pada Pusingan 16 di Terbuka Korea 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – yang berlangsung sebentar sahaja tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Yew Sin-Ee Yi merekodkan kemenangan secara ‘straight set’ dengan skor yang berkesudahan 22-20 dan 21-11 dalam tempoh 37 minit permainan.
Korea Open Badminton Championships 2022
MD – Round of 16
🇲🇾Yew Sin ONG🏅
22 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅
20 11 🇮🇩Leo Rolly CARNANDO
🇮🇩Daniel MARTHIN🕗 in 37 minutes
https://t.co/kzJCGIDCey— BWFScore (@BWFScore) April 7, 2022
Untuk rekod, Yew Sin-Ee Yi pernah berentap menentang Leo-Daniel sebanyak satu kali di saingan Terbuka HYLO, pada tahun lalu. Pertembungan itu menyaksikan Leo-Daniel berhasil menumpaskan Yew Sin-Ee Yi secara ‘straight set’.
Pada masa yang sama, kemenangan ke atas beregu yang menghuni ranking ke-25 dunia itu membolehkan Yew Sin-Ee Yi mara ke peringkat suku akhir Terbuka Korea.
Menanti mereka di peringkat tersebut, samada beregu senegara, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong atau beregu Indonesia merangkap juara Terbuka Swiss, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.
[box]
Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.
Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:
1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.
2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.
3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.
[/box]
Featured Image: Badminton Association of Malaysia