Artikel

Terbuka Korea: Kian Meng-Pei Jing Ulangi Konsistensi Di Switzerland

Beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berhasil mengulangi konsistensi mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Korea pada hari ini sama seperti dilakukan di saingan Terbuka Swiss, Switzerland, minggu lalu. 

Pasangan yang diletakkan sebagai pilihan kedua untuk menjuarai kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF  ini mengesahkan kemaraan setelah menumpaskan beregu China di peringkat suku akhir, sebentar tadi. 

Kian Meng-Pei Jing yang menghuni ranking ke-10 dunia pada saat ini mengalahkan Ou Xuanyi dan Huang Yaqiong merangkap pilihan kelima secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-17 dalam tempoh masa menghampiri 40 minit permainan.

Sementara itu, perlawanan peringkat separuh akhir yang dijadualkan esok, Kian Meng-Pei Jing bakal bertemu samada beregu Indonesia merangkap pilihan keenam, Rinov Rivaldy dan Pita Haningtyas Mentari (ranking ke-23) atau beregu Jepun, Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito (ranking ke-90).

Featured Image: Swiss Open

Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.

Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:

1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.

2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.

3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.

komen