Artikel

Terbuka Korea: Yew Sin-Liu Ying Kempunan Merasai Pentas Separuh Akhir Buat Pertama Kali

Pasangan beregu campuran yang mula bergandingan sejak awal tahun ini, Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying kempunan untuk merasai aksi separuh akhir buat pertama kali di saingan Terbuka Korea 2022.

Kemaraan mereka ke peringkat tersebut disekat oleh beregu campuran tuan rumah, Kim Wonho dan Jeong Na Eun yang berada di ranking ke-247 dunia, sebentar tadi.

Yew Sin-Liu Ying tumpas kepada beregu tersebut menerusi tiga set permainan yang berlangsung dengan sengit. Ianya berkesudahan dengan skor 14-21, 23-21 dan 16-21 dalam tempoh masa permainan melebihi satu jam.

Untuk makluman semua, walaupun gagal ke separuh akhir, peringkat suku akhir ini menjadi kemaraan paling jauh pernah direkodkan oleh gandingan baharu ini.

Sebagai tamabahan, Yew Sin-Liu Ying akan kekal di bumi Republik Korea sehingga minggu hadapan. Ini berikutan mereka akan mengambil bahagian dalam satu lagi saingan iaitu Korea Masters – Jelajah Dunia Super 300 BWF – bermula 12 hingga 17 April hadapan.

Sementara itu, Wonho-Na Eun yang mara ke peringkat separuh akhir akan menghadapi cabaran daripada beregu senegaranya, Ko Sung Hyun dan Eom Hye Won (ranking ke-21) atau beregu Indonesia, Adnan Maulana dan Mychelle Crhystine Bandaso (ranking ke-30).

Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.

Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:

1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.

2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.

3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.

Featured Image: Instagram Goh Liu Ying

komen