Artikel

Terbuka Korea: Pemain Ranking Ke-156 Dunia Sekat Tze Yong Ke Separuh Akhir

Perjalanan perseorangan muda negara, Ng Tze Yong tamat di peringkat suku akhir setelah tumpas kepada pemain China, Weng Hongyang dalam saingan Terbuka Korea, pada hari ini. 

Pemain berusia 21 tahun yang menghuni ranking ke-45 dunia ini terpaksa akur tumpas secara ‘straight set’ dengan skor 11-21 dan 12-21 dalam tempoh masa sekitar 40 minit permainan.

Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan Tze Yong dan pemain China berusia 22 tahun yang menduduki tangga ke-156 dunia ini.

Sementara itu, Hongyang yang mara ke peringkat separuh akhir bakal bertemu samada pemain Denmark, Victor Svendsen (ranking ke-75) atau pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito (ranking ke-24) pada hari esok.

Featured Image: Badminton Asia

Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.

Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:

1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.

2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.

3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.

komen