Perjalanan sulung perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei selepas ‘berehat’ hampir setahun, dalam saingan Terbuka Korea 2022 tamat setakat di peringkat suku akhir sahaja.
Jin Wei yang menghuni ranking ke-128 dunia terpaksa akur beraksi di peringkat itu apabila tumpas kepada perseorangan tuan rumah yang yang menduduki ranking ke-20 dunia, Kim Gaeun.
Korea Open Badminton Championships 2022
WS – Quarter final
21 21 🇰🇷Gaeun KIM🏅
15 18 🇲🇾Jin Wei GOH🕗 in 35 minutes
https://t.co/Y4e6Uydva7— BWFScore (@BWFScore) April 8, 2022
Kim yang berjaya menumpaskan pemenang Olimpik 2020 semalam menewaskan Jin Wei secara ‘straight set’ dengan skor 15-21 dan 18-21 dalam tempoh masa 35 minit permainan.
Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan ketiga mereka di pentas antarabangsa. Dua pertemuan terdahulu berakhir dengan Jin Wei dan Gaeun meraih satu kemenangan masing-masing.
Sementara itu, Kim yang mara separuh akhir bakal menentang pemain Thailand, Pornpawee Chochuwong yang berada di ranking ke-10 dunia pada hari esok.
[box]
Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.
Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:
1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.
2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.
3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.
[/box]
Featured Image: Badminton Association of Malaysia