Pasangan beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya menamatkan kemarau ke pentas final yang telah berlanjutan selama tiga tahun dalam karier mereka.
Untuk pengetahuan semua, kali terakhir Kian Meng-Pei Jing yang kini menghuni ranking ke-10 dunia mara ke pentas final adalah ketika saingan Terbuka Singapura yang berlangsung pada 9-14 April 2019.
Kemarau tersebut ditamatkan dengan mengesahkan kemaraan ke pentas final Terbuka Korea 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – selepas menundukkan beregu negara jiran tetangga, Indonesia, sebentar tadi.
Korea Open Badminton Championships 2022
XD – Semi final
🇲🇾Kian Meng TAN🏅
21 22 🇲🇾Pei Jing LAI🏅
13 20 🇮🇩Rinov RIVALDY
🇮🇩Pitha Haningtyas MENTARI🕗 in 46 minutes
https://t.co/dPyvVA6BwC— BWFScore (@BWFScore) April 9, 2022
Dalam perlawanan peringkat separuh akhir tersebut, Kian Meng-Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan kedua mengalahkan Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari secara ‘straight set’ 21-13 dan 22-20 dalam tempoh masa 46 minit permainan.
Untuk makluman semua, sebelum ini, kedua-dua beregu ini pernah bertemu sebanyak empat kali di pentas antarabangsa. Kemenangan pada hari ini menjadikan Kian Meng-Pei Jing merekodkan kemenangan ketiga daripada lima pertarungan menentang beregu ke-23 dunia ini.
Sebagai tambahan, di pentas final Terbuka Korea ini, Kian Meng-Pei Jing bakal bertemu salah satu daripada beregu tuan rumah iaitu samada Kim Wonho-Jeong Na Eun atau Ko Sung Hyun dan Eom Hye Won.
[box]
Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.
Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:
1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.
2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.
3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.
[/box]
Featured Image: Swiss Open