Kian Meng-Pei Jing Tamatkan Penantian 5 Tahun – Rangkul Kejuaraan Terbuka Korea
April 10, 2022 Hafizuddin Omar

Lima tahun menanti, akhirnya pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya merangkul kejuaraan pertama dengan memenangi saingan Terbuka Korea 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF.

Beregu bebas (independent) yang menduduki ranking ke-10 dunia itu meraih kejuaraan tersebut selepas menumpaskan beregu senior tuan rumah, Ko Sung-hyun dan Eom Hye-won berumur 34 dan 30 tahun masing-masing dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.

Lebih manis, Kian Meng-Pei Jing menumpaskan pasangan yang menghuni ranking ke-19 dunia itu secara ‘straight set’ dengan skor 21-15 dan 21-18 dalam tempoh masa 50 minit permainan.

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga Kian Meng-Pei Jing bertemu Sung-hyun dan Hye-won selepas berentap dalam saingan Terbuka Denmark 2021 dan Indonesia Masters 2020. 

Kejayaan yang direkodkan pada hari ini menjadikan Kian Meng-Pei Jing meraih tiga kemenangan secara berturut-turut ke atas Sung-hyun dan Hye-won di pentas antarabangsa.

Sebagai tambahan, kejuaraan terakhir dirangkul oleh Kian Meng-Pei Jing adalah dalam saingan Far East Malaysia Masters pada tahun 2017 yang lalu. Kejuaraan itu terhasil selepas menewaskan beregu senegara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai dalam perlawanan akhir.

[box]

Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.

Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:

1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.

2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.

3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.

[/box]

Featured Image: Instagram Victor

Komen