Pemain Ranking 156 Dunia Kejutkan Perseorangan No.2 Indonesia Di Final Terbuka Korea
April 10, 2022 Hafizuddin Omar

Satu kejutan dilakar oleh pemain muda China, Weng Hongyang dengan menumpaskan perseorangan lelaki No.2 Indonesia merangkap ranking kelapan dunia, Jonatan Christie di pentas akhir Terbuka Korea 2022.

Kejutan yang dilakar itu sekaligus membolehkan Hongyang merangkul kejuaraan berstatus Jejalah Dunia Super 500 BWF buat julung kali dalam kariernya.

Hongyang meraih kemenangan dengan mengharungi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 12-21, 21-19 dan 21-15 dalam tempoh masa melebihi satu jam pertarungan, sebentar tadi.

Untuk makluman, ini merupakan pertemuan sulung antara Hongyang dan Jonatan di pentas antarabangsa.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pemain yang sama menyingkirkan dua perseorangan negara iaitu Cheam June Wei dan Ng Tze Yong di peringkat Pusingan 16 dan suku akhir masing-masing sebelum ini.

Sebagai tambahan, kejuaraan terakhir yang dirangkul oleh Hongyang adalah China Masters 2019 – Jelajah Super 100 BWF – dengan mengalahkan rakan senegara, Liu Haichao di pentas akhir.

[box]

Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.

Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:

1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.

2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.

3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.

[/box]

Komen