Pasangan Tuan Rumah Ranking 225 Dunia Kecewakan Beregu Indonesia Fajar-Ardianto
April 10, 2022 Hafizuddin Omar

Pasangan beregu lelaki Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto tidak dapat meneruskan rentetan kejuaraan Terbuka Swiss pada Mac lalu dalam perlawanan akhir saingan Terbuka Korea, hari ini.

Ianya berikutan beregu dari negara jiran tetangga yang menghuni ranking kesembilan dunia itu terpaksa akur tumpas kepada beregu tuan rumah, Kang Minhyuk dan Seo Seung-jae yang berada di ranking lebih jauh iaitu ke-225 dunia, petang tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Fajar-Ardianto tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-19, 15-21 dan 18-21 dalam tempoh masa sekitar satu jam pertarungan.

Untuk makluman semua, Minghyuk dan Seung-jae yang berumur 23 dan 24 tahun masing-masing itu merupakan gandingan baharu. Kedua-duanya mula bergandingan bersama sejak November tahun lalu.

Selain itu, ini juga merupakan kejuaraan pertama dalam saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 500 BWF yang dirangkul oleh Minghyuk dan Seung-jae dalam karier masing-masing.

Sebagai tambahan, Fajar-Ardianto muncul juara saingan Terbuka Swiss pada Mac lalu dengan menumpaskan beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin.

[box]

Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.

Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:

1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.

2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.

3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.

[/box]

Komen